Wednesday, 31 May 2017

Menu Berbuka Puasa | Resipi Nasi Arab Mudah

<h1>Empat hari berpuasa ni aku lemau je. Bukannya lapar sampai melepek seperti waktu 'mabuk' dulu tapi takde mood nak buat apa-apa. Nak duduk lelama depan laptop pun takde idea. Tambahan pula semua bebudak ni pakat tidur belaka selepas Subuh. Dah dipasak kat telinga suruh buat latihan buku kerja pun buat dek aje. Tak kuasalah mak nak marah pepagi Ramadhan ni.

Semalam scroll facebook beberapa kali sehingga tu ternampak ada kawan update blog dia dengan resipi nasi arab jadi kita pun apa lagi terus bersemangat nak try sebab macam senang jer. Kesemua bahan sedia ada dalam fridge. Yang tiada tu aku abaikan je.. lenkali boleh cuba dengan bahan lengkap. 

Resipi asalnya daripada Desilastati tapi aku ubahsuai dan tambah beberapa bahan walaupun ini first try. Ayam tu aku tambah chilli flakes sebelum dibakar untuk menambah kepedasan. Makan ayam kalau tak pedas haiyaooo... kureng! Cuma berdasarkan firts try ni elok rasanya ayam direbus lebih awal supaya dapat diperap lama sedikit dengan sos.

Ini resipi Nasi Arab Mudah untuk 4 dewasa dan 2 kanak-kanak makan. Portion makanan kami untuk orang Melayu bukan pak Arab ye hehe.. Cawan tu yang dapat free masa beli rice cooker. Bahan-bahannya nampak je banyak tetapi semua tu ada di dapur, baki projek sebelum ini. Rasanya rumah famili memang ada semua bahan asas tu.

Sumber di sini.


Bahan-bahannya:
1 ekor ayam (tak habis guna pun. Ayam aku dah siap dipotong kecil... anak ramai oih)
3 cawan beras Basmathi
2 biji tomato - buang biji, potong dadu
Daun ketumbar
Cengkih, bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis - sedikit
Minyak sapi (takde, aku guna butter)
Oregano (ini saja ada. Sepatutnya ada rempah kabsah)
Gajus
Kismis
Saffron (takde so aku gantikan dengan kunyit)
Yogurt (kalau suka)
Sos cili
Sos tiram
Madu
Garam
Gula
Air secukupnya


Bahan kisar:
2 biji bawang besar
3 biji bawang putih
1 inci halia

Cara memasak:
1. Basuh beras dan toskan.
2. Tumis bahan kisar hngga naik bau. Masukkan cengkih, bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis, tomato, daun ketumbar, oregano.
3. Masukkan ayam, gaulkannya dan biarkan sebentar. Masukkan air hingga tenggelam. Masakkan ayam hingga empuk. Tambahkan garam.
4. Setelah ayam masak keluarkan dan toskan airnya. 
5. Bahan-bahan yang tinggal tu kita tapis dan kisar untuk dimasukkan dalam beras yang kita tanak.
6. Lumurkan ayam dengan sos cili, sos tiram, madu, yogurt, chilli flakes, garam. Perap setengah jam dan bakar dalam oven dalam 20 minit supaya garing sikit bahagian luarnya. Kalau suka jenis lembap, sapukan dengan nombor 6 di atasnya sebelum dibakar.

Cara memasak nasi:
Beras Basmathi memerlukan air yang lebih. Jadi setiap satu cawan beras kena masukkan 1 1/2 - 2 cawan air. Gunakan air rebusan ayam tadi dan tambah nombor 6, kunyit. Masukkan sedikit gajus dan kismis. Ai terus masak dalam rice cooker.

Bahan untuk salad:
Timun (aku guna timun Jepun) - dipotong dadu
Bawang besar - dan dipotong dadu
Lobak Merah - dipotong dadu
1 sdk cuka
Garam Dan Gula

Gaulkan je kesemuanya.


Bahan untuk sos:Daun ketumbar/pudina
2 biji tomato
5 biji cili hijau
Sebiji lemon - perah airnya
Garam, gula
Sedikit air

Blend je kesemuanya.

Dah siap... Senangkan?