Saturday 26 August 2017

@KhairyKJ juga yang menang :D

@KhairyKJ juga yang menang :D | Status di bawah telah dibuat oleh kawan aku dalam bahasa mudah dan bersopan. I believe ramai yang suka juga 😀. Abah @KhairyKJ yang tall, dark, handsome kan ramai peminat, tu yang tetiba sukan polo ramai pengikut. Meriah sangat Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur bila beliau menentang Putera Mateen dari Brunei tu.

Tahniah YB Khairy Jamaluddin! Berdiam itu lebih baik. Beliau pun bukan budak kampung biasa malah tinggi jua pendidikannya.

Di dalam matapelajaran Bahasa Melayu, ada banyak contoh perkataan yg mempunyai erti yang sama walaupun sebutan dan perkataannya adalah jauh berbeza. Di bawah ialah contoh perkataan yang mempunyai makna yg sama, tetapi perkataan yang sama ertinya adalah berbeza. (Perhatikan perkataan yang panjang ayatnya tetapi perkataan yang sama ertinya hanyalah satu perkataan sahaja) :

Kematangan dalam bertindak = KJ
Keberanian menyahut cabaran = KJ
Kesopanan dan penuh adab = KJ
Cakap serupa bikin = KJ
Kematangan berfikir = KJ
Akhlak seperti seorang bangsawan = KJ
Anak Jantan = KJ
Respek = KJ

Sekian matapelajaran Bahasa Melayu untuk hari ini.


**Aku sokong KJ as a Sport Minister, bukan sebagai ahli politik UMNO. Rasanya setakat ini beliaulah Menteri Sukan yang benar benar aktif bersukan selain memiliki penyokong yang ramai di kalangan bukan ahli/penyokong politik. 

**Miskin itu ujian, kaya juga ujian Allah. 

Wednesday 2 August 2017

Saya Mencari Pemilik Honda City BMD 603

Saya Mencari Pemilik Honda City BMD 603 | Kisah ini dah lama, terjadi pada 28 Januari 2017 lalu.

Kisahnya, pada tarikh tersebut dua kenduri sedang berlansung. Jadi kami di kejiranan ni pakat letak kereta di luar rumah, tepi jalan. Tak ganggu laluan pun sebab kami ada kesedaran sivik.

Okay, bayangkan begini. Anda berada di T-junction kawasan perumahan. Di kanan dan kiri ada khemah. Kami, penduduk dan tetamu, park kereta memasing di kiri kanan dan depan lalu meletakkan kerusi di tengah simpang. Logiknya jika ada akal kita takkan lalulah di situ kan? Kena reverse. 

Ada satu kereta Honda City 1.5L i-Vtec ni boleh pula dia buat u-turn kat situ dan melanggar kereta aku sampai kemek pintu belakang lepas tu dia buat bodoh je dan cabut lari. Dia ingat takde orang nampak? Perangai tak padan dengan harga kereta. Hoih mahal tau kereta dia ni...dekat RM100,000 sebuah. Kalau gaji hang setakat dua ribu setengah je jangan gatai nak order kereta ni. GSTnya pun dah LIMA RIBU RINGGIT. Karang terjelir lidah menunggu gaji bulan depan. Gaji selang 40 hari pun dah merintih kat Facebook 😃 . Orang have have je mampu memiliki kereta ni tau.

Aku tak buat police report sebab ingatkan kereta tu milik saudara-mara jiran ni. Aku fikir pepetang nanti atau esok baru nak bertanya siapa tuannya. Lagipun hang tau dak sekarang ni tong sampah hijau tu hilang pun polis kena terima report dari orang ramai? Kesian kan? Niatnya nak selesai di luar je lah. Alih alih jiran aku yang buat kenduri tu kata bukan saudara mereka. So? 

I investigate.

Aku kan suka tengok cerita polis sentri one two jaga.... yang Korea lah.. yang Hollywood lah. Aku tak percaya cerita polis dalam Hindustan je sebab macam harem hahahah... apa bendalah pakai cota lagi. Cerita Melayu pun tak percaya jugak sebab bila polis tu interrogate dia akan cakap,

Hmmm... Di mana awak semalam?

Hmmm... Dengan siapa awak keluar?

hahhahaha... bahasa buku sungguh! Kau rasa polis nak dapatkan maklumat macam tu ke? sampai mampos pun buku siasatan tak penuh. Cite Korea tak cakap banyak terus zup zupp (pistol canggih sebab tu bunyi tak kuat) 😁😁

Lepas tu penjahat dalam movie Melayu cakap macam Shamsul Yusuf dalam KL Gangster. Ntah apa apa... bunyi Melayu tak, cakap utagha tak, bunyi Cina cakap Melayu pun tak. Cakap je lah macam biasa... nak muntah dengar (tapi aku suka juga cerita tu heheh). 

Hey.. dengan tengok cerita beginilah aku berjaya sorokkan Maggi kari dari anak-anak. Sebelum ni aku sorokkan dalam kabinet dapur. Soroklah di celah mana pun mesti yang sorang tu akan jumpa. Lepas tu aku letak 'depan mata' dia tak jumpa pun. Dah sebulan dah heheh... simpan untuk waktu kecederaan.

Eh, cerita serius ni.

Maka dapatlah tahu siapa pemiliknya. Nama dia Puan Siti Hajar binti Ahmad Zabidi. Umur 44 tahun.

Bulan Februari aku ada program di Shah Alam jadi petang tu aku buatlah Ops Terjah tapi rumahnya di Blok 42 Seksyen 7 tu tak berpenghuni. Sah itu rumah dia sebab ada bukti lain. Gituh. See? Macam polis pencen.

Bila tak dapat bersemuka aku hantar surat. Eh, aku dah try emel seseorang di MIDA. Kot kotlah dia kan. Kereta mahal ni orang gaji besar je mampu letak nama di geran. Dia tak jawab pun. Hek tak huk pun tak. Orang gomen memang tak kuasa balas emel eh? Ke tak check spam folder? Ke... tak kenal maka tak nak jawab? Okaylah... mungkin emel aku masuk kat spam folder tu. Berbaik sangka gitew.

Aku hantar surat bertarikh 25 Februari 2017 ke alamat Shah Alam. Senyap tak berjawab. Aku sabar.

12 Mei 2017 aku hantar pula surat ke rumahnya di Jalan Gamelan, Bandar Bukit Raja. Senyap juga.

Okay.

Aku sabar lagi. 

Manalah tahukan di bulan Ramadhan yang mulia dia akan call/emel/hantar surat/jumpa. Buat salah dengan manusia kenalah minta maaf dengan manusia. Berdosa dengan Allah bolehlah boleh direct tanpa perantaraan. Takde weh. Tak tahulah dia solat terawih ke tidak. Kalau dia buat mesti panjang doanya tu kan? Haish belum selesai urusan dengan manusia lagi ni.

Dia tak percaya kot aku nak popularkan dia. Jadi aku tulislah di sini... manalah tahukan dia bosan di pejabat lalu google kereta dia Honda City bernombor plat BMD 603 tu. Atau kawan dia baca ke... laki dia baca ke... bolehlah sampaikan kepada dia. Laki dia pun suspek juga ni.

Teruk ke kereta aku tu?

Taklah teruk sangat tapi ini adalah kali ketiga kereta aku dilanggar bila mana dalam kereta tu tengah dok dendiam. Hang ingat tak panaih hati ka bila dia langgar dan lari? Yang membuat onar pemandu kereta mahal pula tu. Yang aku geram sangat sebab:

1) Langgar lari. Aku memang bengang dengan orang berperangai begini.
2) Dia patut reverse tapi memilih untuk buat u-turn. Kalau kau terer bawa kereta bolehlah. Aku boleh je alihkan kereta di tempat sempit dengan kereta aku yang tak power tapi banyak berjasa tu.
3) Aku dah try tarik guna pam sinki tapi tak berjaya.
4) Aku dah hantar emel dan surat tapi dia buat bodoh je. Mustahil satu pun tak sampai ke tangan dia. 

Rasa rasanya dia nak response tak kepada luahan hati aku ni? Kita tunggu eh, nanti aku update kalau ada perkembangan terbaru. Dia nak aku datang ke rumah ke? Eleh macamlah susah sangat nak cari rumah hang. Masa takde waze dulu boleh je pergi merata.

Aku geram ni. Rasa nak upload je muka dia kat sini.

Meh kita tunggu... tik tok tik tok...