Monday 31 July 2017

Tips Hartanah | PENTINGNYA untuk membuat lawatan tapak (site visit) !

<h1>Tips Hartanah | PENTINGNYA untuk membuat lawatan tapak (site visit) ! Dua tahun lepas semasa aku menjadi "makcik kayo sekejap" aku rajin kembali melihat-lihat hartanah di sekitar Seremban. Dulu aku tak berminat lansung nak invest di Seremban because of low rental rate, camner nak cover loan instalment. Menetap di Seremban memang selesa tapi nak invest tu taklah (di masa itu). Disebabkan itulah membeli rumah comel comel di Kuala Lumpur dan Selangor.


Golongan cukup makan macam aku ni - yang makan pun tertahan-tahan tapi tak kurus juga - mengharapkan kadar sewa yang mampu membayar balik pinjaman perumahan tu. Iye.... kita orang biasa je bukan buat buat buat humble bajet miskin. Kalau kite banyak duit kite nak beli MPV baru selesa nak sumbat semua bebudak ni balik kampung.


FYI sekarang ni kadar sewa rumah dua tingkat di Seremban 2 dah mencecah RM1,800 sebulan. Phewww... and the price starts from RM600k for bumi lot. Mahal ke? Ya mahal tapi masih murah berbanding Kuala Lumpur/Selangor/Pulau Pinang/Johor. Makanya berebutlah orang luar membeli hartanah di sini. Memang Menteri Besar Negeri Sembilan si Tok Mat kami tu galakkan pun. Kalau tak nak drive boleh je naik bas ke KL setiap pagi, 5.30 pagi dah ada bas. Sama je masa perjalanan yang dikorbankan seperti berulang KL-Shah Alam.


Okay, berbalik kepada tajuk.


Ada satu hari tu setelah aku shortlist beberapa properties kami pun pergi melawat satu kawasan ni. Kami tu aku, anak kecik dan dua anak yang baru dijemput dari sekolah. Kebetulan KAFA dibatalkan.

Nama kawasan tu Tuanku Jaafar Golf and Country Resort di Senawang. Gah kan? Aku pernah sampai ke kem tentera di luar tu je sebelum ni tapi aku tahu the late Yang Di Pertuan Besar (Yamtuan) Negeri Sembilan ada rumah  di sana - sila baca: istana.


Kondominium yang hendak dilelong tu murah, 40k lebih je. Gile tak tertarik? Rasa macam nak beli cash giteww hahaha... berangan betul! Tapi aku dapat rasakan mesti ada sesuatu yang membuatkan harganya sangat murah.
 

Masuk je area tu kami nampak beberapa ekor lembu sedang meragut rumput. Lapang je kat situ macam padang golf tapi rumput dah panjang. Bila nampak club house yang dah buruk sahlah itu Tuanku Jaafar Golf and Country Resort yang sunyi sepi.


At first sight, dalam hati aku berkata ya Allah kasihannya pembeli kondo-kondo ni. Lagi banyak kami lihat terkeluar lagi ayat tu, di mulut pula. Serius kesian. Aku rasa cuma dua unit yang berpenghuni. Mungkin mereka tinggal di rumah sendiri. What to do? Terpaksalah stay di situ juga. Gaji dah banyak potong bayaran bulanan di bank. Itu belum termasuk deposit dan bayaran pelbagai sebelum memula masuk ke rumah. Takkan nak menyewa rumah lain pula kan? Kepada yang tinggal di situ  I can feel you. Ya Rabbi... kesian sungguh!


Kami carilah unit yang hendak dibeli kononnya.


Jumpa tapi beginilah keadaannnya 😢.

***Gambar ada watermak ruggedmom.com sebab asalnya nak pos di sana tapi decided buat blog baru supaya www.ruggedmom.com kekal dengan niche travel***
Not bad design kondo ni.


Saiz rumah ni agak selesa. Pemandangan menarik dengan dilindungi kawasan hijau yang menyejukkan pandangan. Jika semua unit diduduki suasananya mungkin seperti area Taman Melawati tu, sejuk dengan pohon merimbun. Ish bila difikirkan balik beraninya aku masuk ke rumah ni kan, dahlah lama kosong tak berpenghuni. Kawasan tu pun sunyi sepi.


Ada tinggalan katil, tilam serta air-cond. Mungkin juga pernah dijadikan rumah sewa atau asrama pekerja. Mungkin juga sewaktu kelab golf masih beroperasi ramai penghuni di sini. Sayangnya hampir kesemua rumah ni terbiar macam tu je. Aku boleh bayangkan how frustrated the buyers are. Cubalah bayangkan kalau kita dijanjikan bulan dan bintang oleh pemaju tapi akhirnya jadi begini? Tinggi harapan kita untuk settle down atau mendapatkan untung dari pelaburan beratus ribu ringgit tetapi akhirnya jadi begini. Hutang perlu dijelaskan tapi kita terkontang-kanting terpaksa mencari rumah baru.

Unit ini di tingkat satu.


Ada satu unit tu siap ada doa/jampi serapah bergantungan depan pintu. Yang ni aku nak gelak hahahaha.... macam dalam cerita hantu Cina. Siang pun begini di malam hari bagaimanalah agaknya ya. Keluarga yang duduk situ macam manalah mereka memalam eh? Tak dengar apa-apa bunyi ke? Hishh seram pulak. Lebih menyeramkan bila teringat manusia yang menjadi 'hantu'. Eh susah pula hati aku memikirkannya hehehee... Pangkah ! XXX 💀



Apakah masalah sebenar kondominium ini?
Adakah sebab gagal memohon Hakmilik Strata? Lihat di sini untuk mengetahui SENARAI NAMA PEMAJU/PEMILIK TANAH DAN PROJEK YANG GAGAL MEMOHON HAK MILIK STRATA SETAKAT JANUARI 2011.

Selain kondominium empat tingkat ini ada beberapa banglo di sini. Lot yang masih kosong pun ada. Aku rasa harganya tak tinggi sangat. Try lah tanya. Best apa tinggal di tempat ekslusif yang ada beberapa orang manusia je hehehee... carilah tanah lot yang berdekatan rumah berpenghuni. Boleh gak hantar cekodok pepetang 😜



Now can you see why site visit itu penting? Pakar hartanah mencadangkan kita melawat sesuatu hartanah yang kita berkenan tu dalam tiga waktu berbeza. 


1. Pagi biasanya tenang kerana ramai yang keluar bekerja. 

2. Petang mungkin meriah dengan kanak-kanak yang pulang dari sekolah. Kita boleh nampak adakah mereka ni jenis makan air krim pembungkusnya campak di tangga? Itu contoh.

3. Malam barulah kita nampak suasana sebenar. Muat ke parking lot nak terima kereta kita pula nanti? Malam juga barulah kita tahu berapa unit sahaja yang didiami dalam satu satu blok tu. Try lah lalu kat highway Lekas and you can see apartment yang deserted di Pajam tu. Hanya satu kelompok blok sahaja yang ramai penghuni. Kesian juga dengan buyer apartment tu. Maintenance fee quite high kerana building area agak luas tetapi kadar sewaan tak tinggi. Kalau anda ada modal besar boleh saja beli di situ sebab kawasannya tenang dan nyaman. 



Nota:
Bila anda membaca cerita begini janganlah lekas berputus asa. Rumah berlambak dik. Jika hartanah lelong bukan mainan anda cari rumah baru atau subsale. Rumah subsale pun kekadang seperti baru juga sebab belum pernah diduduki.

Adik-adik gegurl, jika boipren anda tetap tidak berminat membeli rumah setelah ditarbiah walaupun dia mampu, anda belilah juga. Pedulikan dia. Nak buat benda baik ni tak payah tunggu boipren ke kawan ke... kita jalan terus. Kita bukan nak share beli dengan dia sebab status dia masih boipren, kita nak dia beli satu kita beli satu, itu je. Dia tak nak tak mengapa. Anda beli, letak nama sendiri, 100% milik kita. Jangan sebab sayang ko masukkan nama dia dalam Sales & Purchase Agreement pula ya walhal dia tak keluar modal pun. Sayang sayang pun kena baling dengan handphone juga. Sebelum sayang boipren tak ingat dunia, sayangilah diri anda dahulu. Boipren yang kabur masa depan boleh diganti dik. 😜

Hidup ni ada pasang surutnya. Berdoa mohon yang terbaik dari Allah tapi bersedialah juga untuk hari yang tidak baik. 

#gittewww
#DoneDakwah


Lepas ni akak nak buat tajuk "Cerita Hartanah | Mengurus Harta GRO" hahhahah.... aku dok cari manalah aku letak gambar bra bermanik tu yang aku jumpa dalam rumah tu 😁😁😁