Saturday 25 March 2017

Movie Review | J Revolusi

<h1>Filem aksi yang bagus terbitan syarikat Malaysia tak banyak. Sebagai peminat filem bergenre begini aku memang teruja mahu menonton tetapi aku mahukan review yang bagus, yang balance, supaya setiap ringgit yang dikeluarkan berbaloi. Zaman GST ni oih.

Bila ramai yang kata filem ni bagus siap bagi rating 4.5, maka kami berempat beranak pun pergilah menonton di GSC. GSC murah sikit daripada TGV. Jujur sangatlah aku ni pun... mengaku anak bongsu berumur emat tahun, kan dah kena bayar 😅

J Revolusi ialah sebuah filem aksi Malaysia 2017 terbitan bersama Grand Brilliance dan Infinitus Productions arahan Zulkarnain Azhar. Filem ini dibintangi oleh Zul Ariffin, Iedil Putra, Nur Fazura, Izara Aishah dan Farid Kamil. Filem yang menelan belanja RM2.7 juta ini mula ditayangkan di pawagam pada 2 Mac 2017.

Treler rasmi filem ini telah dimuat naik di akaun YouTube rasmi Grand Brilliance pada 22 Januari 2017. Sebuah aplikasi permainan mudah alih berdasarkan daripada filem ini, telah dilancarkan pada 17 Januari 2017. (wikipedia). Advance team ni siap create games.


Sinopsis J Revolusi
Mengisahkan tentang Jay Zulkarnain yang merupakan seorang ketua pegawai Unit Tindakan Khas (UTK). Pasukannya begitu digeruni penjenayah kerana kepakaran mereka berdepan musuh. Konflik bermula apabila kakak Jay, Dian (Nur Fazura) yang juga seorang ejen ditangkap oleh pengganas misteri. Dalam misi menyelamat kakaknya itu, Jay terperangkap dan dituduh membunuh seorang rakan setugasnya. Tercetuslah pelbagai konflik dan insiden mengejutkan yang menghantui Jay.

Image result for j revolusi

Image result for j revolusi

Image result for j revolusi

Komen aku:
1. Jalan cerita ini memang best. Selepas Polis Evo, inilah filem aksi berbahasa Melayu yang aku suka.

2. Pemilihan pelakon yang sesuai. Ketinggian dan bentuk badan bersesuaian dengan watak. Nampak produksi ini sangat teliti dalam pemilihan pelakon. Lakonan Zul Arifin sebagai pemegang watak utama mengagumkan. Nasib baik ai dah kahwin, kalau tidak... samalah angau macam orang lain hahah.. Fazura gorgeous as always. Lakonannya selalu hebat. Izara Aishah pun bagus juga cuma ada masalah sebutan (mengeluarkan perkataan) sikit. Di sesetengah tempat tak berapa jelas. Farid Kamil memang berbakat besar.

3. Penggunaan aset polis. Syok jugalah melihat senjata canggih. Dulu masa aku selalu aku tengok drama Melayu, pistol yang polis gunakan alahaiii... canggih lagi yang dijual di kedai RM2 hahahh... Tapi tak tahulah kot kot senapang tu pun beli di kedai dua ringgit juga.

4. Aksi bergaduh dusyum dusyumm di tempat tinggi menarik.

5. Bahasa yang digunakan biasa didengar telinga. Takdelah macam filem arahan seorang sutradara tu... macam karangan SPM. Bila masa agaknya kita bercakap dengan orang lain camtu.

6. Mekap yang bersesuaian. Mata Fazura hanya diletakkan maskara dalam scene beramai-ramai (yang dia bergambar di sebelah Jay). Sungguh aku tak faham bila pelakon memakai bulu mata palsu, gincu merah menyala, pakai baju cecantik macam nak pergi shopping mall tapi duduk di rumah. Takde dibuat orang!  


Cuma...
Masa scene memula di bilik operasi tu, arahan yang diberi sebutir sebutir. Perlahannya...tak sabar pula aku hahah.. Takkanlah dalam keadaan cemas UTK response macam tu. Tak pasti pula dia cakap English ke Bahasa Melayu, rasanya English dan it seems that 'staf' tersebut bukan engliash speaker.

Memanglah ada adegan yang nampak tak logik sikit tapi secara keseluruhannya okaylah, ini filem kan..? Selalu kena tipu dengan filem Tamil dan Hindustan kita tak kisah pun.

Kesimpulannya bagi peminat filem aksi, J Revolusi wajib ditonton!

No comments:

Post a Comment